Carian dihidupkan, Tukar kedai
15% CASHBACK UNTUK ITEM RAKUTEN: 13/11 16:00 - 18/11 16:00 JST BELI SEKARANG
Dapat ¥15,000 kredit beli-belah dan cashback untuk semua pembelian Baca lanjut
Sejarah carian Kosongkan senarai

Tanggungjawab Kami

ZenMarket.jp menawarkan perkhidmatan proksi beli-belah dan penghantaran barangan dari pasaran online Jepun. Kami bertanggungjawab untuk membantu pelanggan kami mencari barangan yang dikehendaki, khidmat nasihat berkaitan item, bil untuk barangan, komunikasi dengan penjual, penerimaan dan penyimpanan barang-barang yang dibeli, penggabungan dan pembungkusan semula, dan pengiriman item kepada pelanggan kami.

Kami bertanggungjawab terhadap item yang dibeli semasa ia tiba di gudang kami sehingga ia meninggalkan gudang kami. Jika berlaku masalah yang tidak dijangka, kami berusaha sebaik mungkin untuk melindungi pelanggan kami. Walau bagaimanapun, ZenMarket tidak bertanggungjawab terhadap tindakan penjual, seperti penangguhan, item yang tidak sepadan dengan keterangan di laman web mereka, atau penghantaran barang-barang yang rosak atau salah. Staf kami akan membantu anda untuk berkomunikasi dengan penjual untuk menyelesaikan pertikaian, tetapi kami tidak mampu menjamin hasil yang positif. Sekiranya anda membeli barangan baharu dari pasaran online Jepun, situasi seperti itu sangat jarang berlaku, tetapi jika anda bimbang tentang kondisi barang yang dibeli, kami mengesyorkan anda menggunakan perkhidmatan "Foto Item" kami sebelum pengiriman antarabangsa dilakukan.

Syarikat kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian barangan anda semasa penghantaran tempatan atau pengiriman antarabangsa, walaubagaimanapun kami akan melakukan yang terbaik untuk memberikan pampasan setara dengan nilai item bagi insiden kemalangan penghantaran antarabangsa biasa. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kelewatan yang mungkin berlaku disebabkan prosedur kastam di negara anda.

Kami sentiasa memperbaiki penterjemahan automatik kami, namun begitu, kami tidak bertanggungjawab jika pelanggan keliru dan tersalah apa-apa produk akibat penterjemahan produk yang tidak betul daripada bahasa Jepun ke bahasa Inggeris atau bahasa lain. Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan mengenai sebarang keterangan produk, sila hubungi kami.

Kami tidak bertanggungjawab atas tindakan pihak lain yang mengakses akaun anda dengan atau tanpa kebenaran anda.

Sekiranya syarikat kami bertanggungjawab terhadap kerosakan atau kehilangan barangan, kami akan memberi pampasan kepada pelanggan. Jumlah bayaran balik tidak akan melebihi harga produk yang dibeli.